Skip to main content

Aplikasi Tashih Mushaf Al-Quran (TasMuq)

Other las la-star gray
Potential Commercialised fa-solid fa-cart-arrow-down violet
Reg. ID : 17349
Comments

Description

Mushaf Al-Quran berada di pasaran perlu mendapat kelulusan dari Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran (LPPPQ) Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kandungan Mushaf adalah sangat terpelihara dan kesalahan penulisan, cetakan dan susunan menyebabkan isu sensitif bukan hanya di Malaysia tetapi di peringkat global. Mushaf yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada cetakan dalam bentuk kitab dan juga di dalam bentuk digital seperti format imej, pdf dan juga perisian. Kedua-dua kategori ini pula dibahagikan lagi sama ada telah mendapat kelulusan dari LPPPQ ataupun sebaliknya. Mushaf yang tidak mendapat kelulusan adalah tidak dibenarkan dijual atau diedarkan kepada umum. Kecenderungan untuk berlaku kesilapan adalah tinggi. Oleh yang demikian ,kajian ini bertujuan membangunkan prototaip aplikasi Tashih Mushaf Al-Quran (TasMuQ). Perisian aplikasi TasMuQ ini merupakan produk yang dapat digunakan oleh LPPPQ, syarikat penerbitan naskhah Mushaf Al-Quran dan juga komuniti Islam sama ada di Malaysia mahupun luar negara.

Contact Person/Inventor

Name Email Contact Phone
Dr. Mohd Sanusi Bin Azmi sanusi@utem.edu.my

Intellectual Property

Type of IP Registration ID
1 Patent Filed PI 2016704859
2 Trademark 2017001294

Award

Award Title Award Achievement Award Year Received
0 0 0

Comment

LOG IN or REGISTER to post comments.

Star Rating

Star Rating
No votes yet

Contact Form