Skip to main content

My-Iono

Space Exploration and Aerospace las la-space-shuttle violet
Potential Commercialised fa-solid fa-cart-arrow-down violet
Reg. ID : 16497
Comments

Huraian

My-Iono merupakan sistem pemantauan ionofera dalam bentuk webbased yang memberikan informasi berkenaan kondisi ionosfera di Malaysia dalam masa hampir nyata (near real time). Ionosfera merupakan lapisan berion dalam atmosfera bumi yang kondisinya sentiasa berubah mengikut masa dan lokasi geografi. Aktiviti ionosfera dipengaruhi oleh kitaran dan aktiviti matahari yang merujuk kepada (interaksi di antara) bumi dan matahari yang secara umum dikenali sebagai Cuaca Angkasa(Space Weather). Dalam bidang komunikasi jarak jauh, lapisan ionosfera memainkan peranan penting sebagai lapisan pemantul yang membolehkan komunikasi berlaku. Manakala dalam bidang navigasi, ionosfera merupakan penyumbang ralat terbesar yang boleh memudaratkan kualiti isyarat satelit navigasi dari segi ketepatan kedudukan. Aktiviti ionosfera di kawasan khatulistiwa adalah lebih tinggi dan sukar untuk diramal, oleh itu, pemantauan ionosfera secara berterusan adalah amat penting dan perlu diberi perhatian terutamanya untuk aplikasi yang memerlukan isyarat berkualiti dan berketepatan tinggi seperti sektor penerbangan.

Contact Person/Inventor

Name Email Contact Phone
Nyanasegari A/P Bhoo Pathy segary@mysa.gov.my 03-26973400

Komen

LOG IN or REGISTER to post comments.

Star Rating

Star Rating
Masih tiada undi

Contact Form