Antara peringkat produk yang didaftarkan dalam MyTechmart iaitu;
- Idea - Fasa awal di mana idea / konsep kreatif dihasilkan untuk menangani masalah atau peluang tertentu.
- Prototaip - Penghasilan produk digital, penyelesaian, atau konsep dicipta untuk menguji dan mengesahkan fungsi dan ketersediaan sesuatu reka bentuk, sebelum pengeluaran penuh.
- Berpotensi dikomersialkan - Fasa ini berlaku selepas prototaip berjaya dihasilkan dan melibatkan penyediaan produk atau penyelesaian yang berpotensi untuk dikomersialkan.
- Dikomersialkan - Ini adalah fasa di mana produk telah dilancarkan di pasaran dan tersedia untuk pembelian oleh pelanggan.