Skip to main content

Search Filter

  1. MyTechmart merupakan inisiatif perintis oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertujuan memupuk budaya inovasi dalam memacu kemajuan teknologi di Malaysia.
  2. Platform ini berfungsi menghubungkan inovator tempatan dengan peluang komersial, sekali gus mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing global negara.
  1. Tidak. Platform MyTechmart dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC).
  2. MyTechmart merupakan laman mikro daripada modul Technology Market (Techmart) yang mengumpulkan maklumat inovasi tempatan secara berpusat di KRSTE.my dan terhad kepada produk / teknologi berpotensi dikomersialkan atau telah dikomersialkan.
  1. Orang Awam – individu/orang awam yang berminat untuk terlibat dengan inovasi dan teknologi, sama ada sebagai pengguna, peserta dalam inisiatif pembangunan komuniti, atau sebagai penerima manfaat langsung dari penyelesaian dan kemajuan teknologi.
  2. Jabatan dan Agensi Kerajaan - mana-mana agensi/jabatan Kerajaan yang ingin menyokong pembangunan ekosistem inovasi dan teknologi tempatan serta mempromosikan produk penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan.
  3. Industri - pihak industri seperti pelabur, syarikat pemula dan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengembangkan perniagaan menggunakan inovasi produk atau teknologi tempatan. Pihak industri dapat mengambil peluang untuk memasarkan produk, teknologi atau perkhidmatan yang dihasilkan dengan kolaborasi bersama inovator tempatan.
  4. Inovator - mana-mana individu atau entiti yang terlibat dalam mencipta produk, perkhidmatan, atau proses baru, mencari kolaborasi atau perkongsian untuk membawa inovasi mereka ke pasaran. Ia juga memberi peluang kepada inovator mewujudkan jaringan kerjasama dan pertukaran pengetahuan antara komuniti dan pihak industri tempatan mahupun antarabangsa.
  5. Institusi Penyelidikan – institusi penyelidikan awam dan swasta  yang berhasrat untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan mereka atau mencari rakan kongsi industri bagi tujuan projek penyelidikan secara  kolaboratif. 
  1. Menyediakan platform yang komprehensif untuk mempamerkan dan mempromosikan inovasi tempatan, produk, dan teknologi.
  2. Memudahkan pemindahan teknologi dan kerjasama antara institusi penyelidikan, industri, dan usahawan.
  3. Mengurangkan kebergantungan kepada produk dan teknologi dari luar negara dengan menggalakkan penggunaan dan penerimaan inovasi tempatan.
  4. Merangsang penciptaan pekerjaan dan peluang ekonomi melalui pengkomersialan inovasi tempatan.

Sehingga Januari 2024 1,442 hasil daripada penyelidikan dan inovasi tempatan telah didaftarkan di bawah 21 kategori antaranya kejuruteraan dan teknologi mencatatkan pendaftaran tertinggi sebanyak 451 produk. Antara contoh produk adalah seperti berikut:

  • DC Homes in Future Energy System

    Sistem yang direka cipta untuk mengawal elektrik mengalir dan berubah bentuk dalam penggunaan peralatan elektrik di rumah.

  • Therapeutic Herbal Bath - Kantan Premium

    Produk inovasi sabun herba berasaskan herba tempatan seperti lengkuas padi, lempoyang dan halia yang disasarkan kepada pengguna yang mempunyai kulit sensitif seperti eczema.

Antara peringkat produk yang didaftarkan dalam MyTechmart iaitu;

  • Idea - Fasa awal di mana idea / konsep kreatif dihasilkan untuk menangani masalah atau peluang tertentu.
  • Prototaip - Penghasilan produk digital, penyelesaian, atau konsep dicipta untuk menguji dan mengesahkan fungsi dan ketersediaan sesuatu reka bentuk, sebelum pengeluaran penuh.
  • Berpotensi dikomersialkan - Fasa ini berlaku selepas prototaip berjaya dihasilkan dan melibatkan penyediaan produk atau penyelesaian yang berpotensi untuk dikomersialkan.
  • Dikomersialkan - Ini adalah fasa di mana produk telah dilancarkan di pasaran dan tersedia untuk pembelian oleh pelanggan.
  1. Menyediakan akses kepada pelbagai hasil produk inovasi tempatan, dari fasa idea hingga fasa pengkomersialan.
  2. Peluang untuk kerjasama dan perkongsian antara inovator, industri, dan institusi penyelidikan.
  3. Sokongan kepada usahawan dan PKS dalam mengakses sumber dan kepakaran untuk membawa inovasi mereka ke pasaran.
  4. Promosi penyelesaian tempatan untuk menangani cabaran masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan mampan.
  5. Menyumbang kepada visi Malaysia untuk menjadi ekonomi berpaksikan pengetahuan yang dipacu oleh inovasi dan teknologi.
  1. Memperluas jangkauan dan impak MyTechmart melalui perkongsian strategik dan kolaborasi.
  2. Menambahbaik pengisian kandungan platform untuk lebih menyokong keperluan inovator tempatan, industri, dan pihak berkepentingan, termasuk pengintegrasian ke dalam satu platform inovasi tunggal untuk memudahkan akses dan pengurusan maklumat inovasi secara lebih efisien dan teratur.
  3. Mempromosikan budaya inovasi dan keusahawanan di semua sektor masyarakat, mendorong Malaysia ke arah pertumbuhan dan kemakmuran yang mampan. Ini termasuk memupuk kolaborasi dan perkongsian pengetahuan di kalangan inovator, industri, dan institusi penyelidikan untuk memaksimumkan potensi inovasi tempatan.
  1. MyTechmart bekerjasama dengan PROTEMP Sdn. Bhd. through melalui perjanjian persefahaman (MOU) dengan MOSTI yang telah ditandatangani pada 2023 selaku penganjur Malaysia Technology Expo (MTE). Kerjasama ini bertujuan mempromosikan perkongsian pengetahuan, pemindahan teknologi, dan mengkomersialkan inovasi tempatan.
  2. MyTechmart juga bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk perkongsian maklumat bagi hasil produk penyelidikan inovasi di universiti.