Huraian
Inovasi produk merupakan salah satu cara bag meningkatkan penambahbaikan dalam produk di sesuatu kawasan. Pelbagai jenis produk dapat diinovasikan seperti inovasi produk makanan, elektronik, kosmetik, fesyen, pertanian dan sebagainya. Pilihan kami dalam program inovasi teater pada kali ini ialah inovasi produk makanan.
Daripada hasil kajian yang telah dijalankan oleh para pelajar, didapati bahawa produk makanan yang dipasarkan mengandungi bahan campuran yang tinggi dan tidak sesuai kepada kanak-kanak. Kandungan gula yang tinggi, penggunaan bahan pengawet dan penambah perisa dalam makanan dapat menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan para pengguna.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kami menghasilkan produk makanan baharu iaitu aiskrim durian belanda. Produk makanan ini menggunakan buah durian belanda asli dan juga gula stevia sebagai bahan utama dalam makanan. Kami memilih buah durian belanda kerana ia kaya dengan vitamin C, dapat meningkatkan imunisasi serta mempunyai diuretik semulajadi. Selain itu, kami menggunakan gula stevia yang berasal daripada daun Stevia Rebaudiana yang bermanfaat sebagai pemanis makanan semulajadi, pengganti gula dan tiada kalori tersirat serta tiada kesan sampingan terhadap kandungan gula dalam darah. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak dapat menikmati makanan yang mempunyai kandungan sihat dan selamat. Dengan menggunakan buah asli yang mudah dibekalkan di Kelantan serta menggunakan gula stevia yang dapat membekalkan khasiat, masalah pemakanan ini dapat diselesaikan.
Pendekatan ini telah berjaya diuji dan dilaksanakan dengan mendapatkan testimoni daripada guru-guru, para pelajar serta kanak-kanak yang berhampiran. Hasil perlaksanaan ini telah berjaya membuktikan bahawa produk makanan ini mampu memberi kesan yang baik kepada pengguna.
Highlights
buah durian belanda kerana ia kaya dengan vitamin C, dapat meningkatkan imunisasi serta mempunyai diuretik semulajadi.
Contact Person/Inventor
Name | Contact Phone | |
---|---|---|
NORAINI IBRAHIM | stemnsa@gmail.com | 03-7967 3490 |
NIK MUHAMMAD HAZIM B NIK MOHD ARIFF | ||
MUHAMMAD IRFAN DANIEL B CHE ZAMRI | ||
TUAN FAIZ HAKIM TUAN HASAN | ||
NUR AQILAH BINTI MOHD AMRAN | ||
NUR FARAH ALYA BINTI MOHD ANUAR | ||
NUR QISTINA NATASHA BINTI AHMAD SYUKRI | ||
NUR HAZIQAH ALYA BINTI MOHD ADIL TEW | ||
NOR AIZAN BINTI AHMAD |
Intellectual Property
№ | Type of IP | Registration ID |
---|---|---|
1 | Copyright | CRAR2024W00144 |
Award
Award Title | Award Achievement | Award Year Received |
---|---|---|
Social Innovations & Entrepreneur Management | Special Awards Winner | 2024 |
Asian Youth Innovations Award 2024 Junior | Gold Award | 2024 |
Event Participation
Event Name | Event Year |
---|---|
Malaysia Technology Expo | 2024 |
Komen