Aplikasi Minyak Pati Kayu Manis Komersial Dalam Diet Ikan Kerapu Untuk Kawalan Parasit Lintah Laut
Agriculture and Agri-tech
orange
Potential Commercialised
violet
Reg. ID : 16048
Comments
Description
Inovasi ini terhasil semasa menjalankan kajian pemantauan dan pengawalan serangan ektoparasit pada ikan ternakan di sangkar.Dalam tempoh kajian tersebut, pemerhatian kasar pada benih ikanyang dijangkiti lintah laut menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti pendarahan dan luka di badan, mata atau sirip pada setiap bulan pertama kemasukan benih ke sangkar. Inovasi penggunaan pati minyak kayu manis komersil dalam diet ikan kerapu selama 2 minggu di peringkat hatceri merupakan satu usaha meningkatkan daya tahan ikan terhadap semua serangan penyakit sebelum dipindahkan ke sangkar. Aplikasi pati minyak kayu manis komersil didapati dapat mengurangkan sebanyak 70% tanda-tanda klinikal yang biasa dikesan pada bulan pertama kemasukan benih dalam sangkar. Begitu juga dengan pengurangan 20% jangkitan parasit lintah laut pada benih ikan kerapu dalam sangkar pada minggu 4. Inovasi ini mudah digunakan dan diapplikasi pada 2 minggu pertama sebelum benih ikan kerapu dimasukkan ke sangkar. Inovasi ini masih dalam peringkat penambahbaikan dari segi kaedah penyimpanan di lokasi sangkar.
Contact Person/Inventor
Name | Contact Phone | |
---|---|---|
Liyana Binti Ramli | liyana@dof.gov.my | 010-5608163 / 04-6263925 |
Comment