Skip to main content

Sangkar Bio-Komposit / Sangkar Akuakultur Biokomposit

Agriculture and Agri-tech las la-seedling orange
Commercialised fa-solid fa-cart-shopping green
Reg. ID : 16076
Comments

Description

Permintaan tinggi terhadap industri sangkar akuakultur sedikit terencat dengan penawaran harga bahan buatan sangkar semasa. Kenaikan harga kayu bergred A seperti cengal dan merbau menyebabkan pengusaha sangkar mengalami sedikit bebanan kos awalan dalam penbuatan sangkar mereka. Penggunaan buluh yang dahulunya popular digunakan tetapi tidak lagi sesuai untuk masa kini. Penawaran harga sangkar plastik, High Density PolyEthylene (HDPE) dilihat paling menguntungkan dari segi penyenggaraan namun melibatkan kos yang amat tinggi. Justeru, pengenalan kepada suatu bahan yang mempunyai kekuatan seperti plastik namun masih mengekalkan rupa bentuk fizikal kayu telah diperkenalkan. Penggunan bahan buangan seperti habuk kayu, sekam padi, sisa sawit dan bahan fiber asli lain seperti kenaf telah digunapakai bersama polimer HDPE bagi penghasilan unit sangkar baru. Unit sangkar baru ini telah diubahsuai daripada rekabentuk asal floater yang diimport daripada negara Austria dan Taiwan yang dibuat dalam bentuk modular. Ini menghasilkan struktur sangkar biokomposit yang tahan, kuat dan murah. Rekabentuk asal unit juga telah diubahsuai agar dapat menghasilkan saiz sangkar mengikut citarasa pengusaha sendiri.

Contact Person/Inventor

Name Email Contact Phone
Liyana Binti Ramli liyana@dof.gov.my 010-5608163 / 04-6263925
Mohd Faizal Bin Abd Rahman faizal@nm.gov.my 03-89112000

Intellectual Property

Type of IP Registration ID
1 Patent Filed PI 2014700005

Award

Award Title Award Achievement Award Year Received
0 0 0

Comment

LOG IN or REGISTER to post comments.

Star Rating

Star Rating
No votes yet

Contact Form