Skip to main content

Parit Konkrit Dalam Kolam Asuhan Untuk Memudahkan Pengutipan Benih Ikan

Agriculture and Agri-tech las la-seedling orange
Potential Commercialised fa-solid fa-cart-arrow-down violet
Reg. ID : 16079
Comments

Description

Fisheries Research Institute (FRI) Gelang Patah atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau telah mengubahsuai kolam asuhan biasa tanpa menjejaskan fungsi asal. Ini dibuat dengan membina sebuah parit konkrit (1.0 m lebar dan 0.7 m panjang) serta mencuram dari pintu air masuk sehingga ke pintu air keluar. Kelebaran parit sebanyak 1.0 m memudahkan kerja-kerja pengendalian. Dasar kolam dibuat mencuram ke bahagian tengah untuk memudahkan pengeringan kolam dan penangkapan benih ikan. Pengubahsuaian ini adalah adaptasi daripada kaedah asuhan benih ikan dalam sistem palong yang dapat mengalirkan air secara berterusan dan mengekalkan kesihatan benih ikan. Selain itu, benih ikan akan terkumpul dalam parit di kawasan pintu air masuk untuk mendapatkan air yang bersih dan menyebabkan tiada benih ikan yang tertinggal di dasar kolam dan kadar hidup benih boleh ditingkatkan semasa pengutipan.Air dimasukkan secara terkawal melalui pintu air masuk dan dipam keluar dengan kadar yang sama di bahagian dihujung pintu air keluar.Ini dibuat dengan tujuan untuk memastikan benih ikan sentiasa berada di dalam keadaan aktif dan sihat sebelum ditangkap. Alat penyekat juga digunakan untuk memudahkan proses pengutipan dan mengurangkan tekanan.

Contact Person/Inventor

Name Email Contact Phone
Liyana Binti Ramli liyana@dof.gov.my 010-5608163 / 04-6263925

Award

Award Title Award Achievement Award Year Received
0 0 0

Comment

LOG IN or REGISTER to post comments.

Star Rating

Star Rating
No votes yet

Contact Form