Skip to main content

MAED (Malaysian Acetes Efficiency Device)

Agriculture and Agri-tech las la-seedling orange
Potential Commercialised fa-solid fa-cart-arrow-down violet
Reg. ID : 16068
Comments

Description

Peranti MAED direkabentuk bagi membantu menyisih udang baring (tangkapan utama) daripada tangkapan sampingan atau tangkapan bukan sasaran Pukat Tunda Udang Baring. Membantu nelayan memperolehi tangkapan udang yang lebih bersih Sebelum ini semua vesel pukat tunda samada di Perak atau Selangor hanya menggunakan pukat tunda udang baring untuk menangkap udang baring (udang geragau/belacan). Hasil tangkapan adalah bercampur. Nelayan terpaksa memperuntukkan masa bagi mengasingkan spesies tangkapan bukan sasaran/sampingan daripada tangkapan utama. Spesies tangkapan bukan sasaran di antaranya adalah ikan timah, ikan gelama, ikan kasai, ikan kikek, sotong katak dan udang-udang lain. Sekiranya obor-obor juga tertangkap ke dalam pukat, obor-obor tersebut akan dibuang semula ke laut. Udangudang yang terlekat pada obor-obor tersebut akan juga dibuang bersama ke laut. Selain itu, penguatkuasaan saiz mata keroncong 38 mm pada semua pukat tunda mulai 1 November 2013 telah menyukarkan pengusaha/ nelayan pukat tunda udang baring. Ini kerana saiz mata pukat yang digunakan bagi menangkap udang baring adalah di antara 9-12 mm. Di atas kesulitan tersebut, pihak Jabatan Perikanan Malaysia telah memutuskan bahawa pengusaha/nelayan pukat tunda udang baring boleh menggunakan saiz mata keroncong 12 mm dengan syarat dipasang dengan MAED.

Contact Person/Inventor

Name Email Contact Phone
Liyana Binti Ramli liyana@dof.gov.my 010-5608163 / 04-6263925

Award

Award Title Award Achievement Award Year Received
0 0 0

Comment

LOG IN or REGISTER to post comments.

Star Rating

Star Rating
No votes yet

Contact Form