Skip to main content

Kit Asuhan Udang Galah

Agriculture and Agri-tech las la-seedling orange
Potential Commercialised fa-solid fa-cart-arrow-down violet
Reg. ID : 16071
Comments

Description

Bagi membantu serta melancarkan aktiviti asuhan benih udang galah selepas peringkat pasca larva (PL) maka inovasi yang dinamakan Kit Asuhan Udang Galah (KAUG) diperkenalkan oleh FRI Glami Lemi. Kemudahan ini dinamakan kit kerana keupayaannya untuk dikendalikan secara pasang siap di lokasi yang dikehendaki dengan mudah. Selain daripada mudah disedia dan dipasang, kajian di peringkat operasi sebenar menunjukkan bahawa KAUG berupaya memberi keputusan yang memberangsangkan dalam peratus kemandirian semasa asuhan. Oleh itu diyakini dengan adanya KAUG industri ternakan udang galah tempatan akan berupaya melonjak naik dan pendaratan daripada aktiviti akuakultur boleh meningkat tanpa memerlukan tambahan keluasan kolam. KAUG juga sesuai digunakan untuk menghasilkan benih bagi tujuan pelepasan di perairan umum untuk tujuan peningkatan stok. Benih yang diasuh terlebih dahulu akan lebih besar dan pasti akan memberi impak yang lebih besar kepada program peningkatan stok berbanding amalan sedia ada yang menabur benih kecil secara terus ke perairan umum.

Contact Person/Inventor

Name Email Contact Phone
Liyana Binti Ramli liyana@dof.gov.my 010-5608163 / 04-6263925

Award

Award Title Award Achievement Award Year Received
0 0 0

Comment

LOG IN or REGISTER to post comments.

Star Rating

Star Rating
No votes yet

Contact Form