Kaedah Penternakan Dan Penghasilan Artemia Dewasa Secara Intensif Bagi Bekalan Makanan Rega Ikan Marin
Agriculture and Agri-tech
orange
Potential Commercialised
violet
Reg. ID : 16078
Comments
Description
Bagi tujuan menyediakan prasarana dan teknologi penghasilan Artemia biojisim secara intensif atau satu modul penghasilan diwujudkan dengan penghasilan 1 kg biojisim/tan isipadu ternakan. a) Kemudahan Ternakan Kemudahan ini terdiri dari tangki gentian kaca (650 L). Tangki tersebut dipasangkan empat tiub pengudaraan untuk bekalan oksigen dan bagi menjamin taburan makanan dan taburan ternakan yang efisien. Air ternakan disedia pada kemasinan 30 ppt yang terlebih dahulu disteril dengan bahan aktif klorin. b) Keperluan Sista Artemia dan Pemakanannya Sejumlah 20 g sista Artemia ditetaskan untuk hasilkan purata 3 juta naupli dan membentuk kepadatan dalam tangki pada 5,000/L. Semasa ternakan, makanan yang diberi ialah dedak beras yang disaring dengan penapis bersaiz mata 50 m. Kadar pemberian makanan adalah 50 g dedak pada hari pertama diikuti 20 g sekali penggunaan untuk tiga kali aplikasi sehari pada jam 0800, 1200 dan 1600. c) Pengurusan Ternakan Pertukaran air pada kadar 30% pada hari kelima dan 20% selang sehari dilakukan untuk mengekalkan mutu air ternakan pada tahap optima. Bagi tujuan ini, dua jenis penapis kecil bersaiz mata 150 m dan 350 m disediakan. Tiub getah dengan diameter 15-20 mm dijadikan hos supaya tekanan tarikan semasa pertukaran air diminimumkan. d) Hasil Biojisim Artemia (dewasa) bersaiz 0.4-0.5 cm TL selepas 10-12 hari ternakan boleh dituai pada kadar purata 250,000 ekor atau10% kadar kemandirian Biojisim Artemia. Ia sedia untuk diberimakan kepada rega ikan sementara menunggu tempoh peralihan kepada makanan jenis rumusan.
Contact Person/Inventor
Name | Contact Phone | |
---|---|---|
Liyana Binti Ramli | liyana@dof.gov.my | 010-5608163 / 04-6263925 |
Award
Award Title | Award Achievement | Award Year Received |
---|---|---|
0 | 0 | 0 |
Comment