Skip to main content

Fish Profile Information System

Agriculture and Agri-tech las la-seedling orange
Potential Commercialised fa-solid fa-cart-arrow-down violet
Reg. ID : 16061
Comments

Description

Fish Profile Information Sistem merupakan pangkalan data yang telah dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung, Pulau Pinang pada tahun 2005. Sistem ini dibangunkan bagi tujuan mengenalpasti spesies ikan memandangkan kekurangan pakar taksonomi dan buku-buku rujukan untuk proses identifikasi. Sistem ini merupakan pangkalan data yang dibangunkan bagi menyimpan maklumat ikan marin, air tawar dan udang di Malaysia. Maklumat spesies ikan yang terdapat di dalam sistem ini fokus kepada ciri-ciri penting idenfikasi secara bergambar bagi memudahkan kerja-kerja identifikasi. Terdapat juga kemudahan carian spesies ikan melalui bentuk ekor dan badan. Kemudahan ini dapat menjimatkan masa carian bagi mengenalpasti spesies ikan serta dapat mengatasi masalah kesilapan identifikasi. Spesies-spesies ikan yang terdapat di dalam pangkalan data ini kumpul melalui pendaratan ikan di pangkalan serta pemancing. Gambar-gambar yang diambil diproses untuk tujuan pengecaman sebelum dimasukan ke dalam pangkalan data. Laporan-laporan juga disediakan untuk kemudahan penyediaan laporan yang diperlukan dalam tempoh masa yang singkat. Sistem ini boleh diakses melalui laman web Jabatan Perikanan Malaysia di www.dof.gov.my di bawah Bahagian Penyelidikan.

Contact Person/Inventor

Name Email Contact Phone
Liyana Binti Ramli liyana@dof.gov.my 010-5608163 / 04-6263925

Award

Award Title Award Achievement Award Year Received
0 0 0

Comment

LOG IN or REGISTER to post comments.

Star Rating

Star Rating
No votes yet

Contact Form