Skip to main content

Bubu Ikan Lipat Sarawak (Sarawak Collapsible Fish Trap)

Agriculture and Agri-tech las la-seedling orange
Potential Commercialised fa-solid fa-cart-arrow-down violet
Reg. ID : 16081
Comments

Description

Satu inovasi yang dinamakan Bubu Ikan Lipat Sarawak telah berjaya dibangunkan oleh FRI Bintawa Sarawak. Pada tahun 2006. Inovasi ini masih ditambah baik sehingga 2010. Idea asal inovasi ini tercetus semasa perlaksanaan projek penyelidikan bertajuk Pembangunan Teknologi Penangkapan Ikan di Kawasan Terumbu dan Dasar Kasar. Kerangka utama bubu ikan yang direka ini diperbuat daripada rod besi yang mempunyai ketebalan 10 mm yang sangat kuat dan tahan lama. Kerangka yang diperbuat daripada besi bertindak untuk menguatkan struktur bubu dan membantu menstabilkan bubu ini di dasar lautan terutama semasa keadaan laut yang bergelora. Kerangka kompartmen tangkapan diperbuat daripada rod besi berdiameter 3 mm. Batang besi ini boleh dilipat mengikut saiz dan bentuk kompartmen. Kerangka utama dan kompartmen tangkapan ikan dilitupi dengan jaring polyethylene 36 ply dan saiz mata jaring 3 inci. Struktur separa bulat dan gelang dibina pada kerangka utama bubu bagi membolehkan rangka bubu dilipat dengan mudah.

Contact Person/Inventor

Name Email Contact Phone
Liyana Binti Ramli liyana@dof.gov.my 010-5608163 / 04-6263925

Award

Award Title Award Achievement Award Year Received
0 0 0

Comment

LOG IN or REGISTER to post comments.

Star Rating

Star Rating
No votes yet

Contact Form