Skip to main content

Pembangunan Baka Dan Penambaikan Genetik Udang Galah (Macrobrachium Rosenbergii)

Agriculture and Agri-tech las la-seedling orange
Potential Commercialised fa-solid fa-cart-arrow-down violet
Reg. ID : 16052
Comments

Huraian

FRI Pulau Sayak telah menghasilkan induk domestikasi yang dipertingkatkan dari segi genetik dan prestasi. Dengan adanya program pembangunan baka ini produktiviti dapat ditingkatkan dengan penggunaan induk-induk dari strain yang berkualiti. Selain prestasi yang baik, program ini juga mampu membekalkan induk sepanjang tahun tanpa dipengaruhi faktor permintaan dan cuaca. Dari segi penyakit pula, tidak ramai yang melakukan saringan terhadap induk yang digunakan. Jangkitan secara horizontal iaitu daripada induk kepada anak akan menjejaskan kadar hidup serta tumbesaran dikolam kelak. Hasil inovasi ini, bekalan induk yang diketahui status kesihatannya, prestasi tumbesaran dan keturunannya dapat digunakan secara meluas di negara ini.Dalam proses pembakaan ini, 4 sumber induk berbeza yang dikenali sebagai populasi asas telah digunakan. Sumber tersebut diperolehi daripada Sg Muda (Kedah), Sg Teluk Intan (Perak), Sg Timun (Negeri Sembilan) dan Sg Muar (Johor). Melalui kacukan secara sistematik dan saintifik, 8 kumpulan baka yang baru diperolehi. Setiap baka dinilai dan baka yang terbaik digandaan untuk dijadikan induk. Seterusnya diedarkan kepada hatcheri yang memerlukannya. Saringan terhadap penyakit terutamanya bawaan virus keputusan 100% bebas daripada MrNv. Prestasi setiap baka pada setiap generasi dinilai berdasarkan jumlah peneluran dan prestasi dikolam. Dalam jangkamasa panjang, pembangunan induk secara sistematik dan terancang dapat membantu menghasikan baka induk SPF dan induk membolehkan kebergantungan terhadap induk liar dikurangkan, bekalan rega berterusan dan ancaman biakbaka dalam diminimakan. Bekalan induk juga dijangka dapat dihasilkan sepanjang tahun tanpa dipengaruhi faktor musim. Selain itu program ini berjaya meningkat jumlah peneluran per induk.

Contact Person/Inventor

Name Email Contact Phone
Liyana Binti Ramli liyana@dof.gov.my 010-5608163 / 04-6263925

Komen

LOG IN or REGISTER to post comments.

Star Rating

Star Rating
Masih tiada undi

Contact Form