Kaedah Krioawetan Sperma Dan Persenyawaan In Vitro Ikan Kelah (Tor sp.)
Agriculture and Agri-tech
orange
Potential Commercialised
violet
Reg. ID : 16069
Comments
Huraian
Kriobank sperma ikan merupakan satu bentuk bank gen yang berfungsi untuk menyimpan sperma ikan untuk jangka masa panjang dengan kaedah krioawet pada suhu lampau sejuk menggunakan cecair nitrogen (-196C). Kemandirian sel sperma krioawet masih terpelihara dan boleh digunakan untuk mensenyawakan telur pada masa akan datang. Kriobank sperma ikan air tawar FRI Glami Lemi telah diwujudkan pada tahun 2008. FRI Glami Lemi merupakan antara institusi perintis di Malaysia yang menjalankan kajian dalam pengkriobankan sperma ikan. Inovasi ini menghasilkan teknologi pengkrioawetan sperma dan pembenihan menggunakan sperma krioawet pada Tor spp.Sperma krioawet bagi Tor spp. telah berjaya mensenyawakan telur dan menghasilkan anak ikan kelah yang sihat. Hasil inovasi ini juga mendapati sperma krioawet Tor spp. yang telah disimpan selama enam tahun masih berjaya menetaskan telur dan prestasi penetasan tiada perbezaan dengan sperma krioawet yang baru dikrioawet.
Contact Person/Inventor
Name | Contact Phone | |
---|---|---|
Liyana Binti Ramli | liyana@dof.gov.my | 010-5608163 / 04-6263925 |
Intellectual Property
№ | Type of IP | Registration ID |
---|---|---|
1 | Patent Granted | MY-154881-A |
Award
Award Title | Award Achievement | Award Year Received |
---|---|---|
0 | 0 | 0 |
Komen